Sunday, 14 October 2012

Pengajian AM : Demokrasi & Pilihanraya

Apa itu DEMOKRASI ?

Demo - Rakyat
Kratia (Krasi) - Pemerintah

so, Demokrasi ialah, Pemerintahan di tangan rakyat berdasarkan Pilihanraya (pilih pemimpin)

tapi ni hanya untuk Pengetahuan AM je. hehe,

Negara kita, Malaysia mengamalkan Demokrasi Berparlimen disamping mengekalkan sistem Raja Berpelembagaan. 

so , dalam Demokrasi Berparlimen, rakyat berhak memilih pemimpin melalui proses pilihanraya. Siapa agak2 yg akan mengadakan pilihanraya ni? Siapa?


SPR? Siapa ni? Siapa ANGGOTA SPR?
- 1 Pengerusi
- 1 Timbalan Pengerus
- 5 Orang Ahli 

Dilantik oleh YDPA atas nasihat Majlis Raja-raja (MRR)

KEANGGOTAAN SPR?

- Anggota SPR pegang jawatan sehingga berumur 66thn @ bila hilang kelayakan & boleh letak jawatan melalui surat yg ditujukan kpd YDPA
- Anggota SPR tak boleh dipecat kecuali melalui syor tribunal yg ditubuhkan.
- Saraan SPR dipertanggungkan kpd Kump. Wang Disatukan.
- YDPA boleh pecat mana2 anggota SPR dengan perintah jika :
     - bankrap yg belum dilepas
     - melibatkan diri dlm apa2 jawatan @ pekerjaan berbayar (bergaji)
     - Ahli mana2 satu Majlis Parlimen @ DUN sesuatu negeri. 

Apa SYARAT2 NAK JADI ANGGOTA SPR?
- Warganegara Malaysia
- Bukan Ahli Politik
- Tidak bankrap
- Berumur tak lebih 66thn
- Tak boleh pegang jwtn bergaji.


Apa FUNGSI SPR ni ye?

- Membuat kajian & persempadanan semula Bahagian-bahagian Pilihanraya Parlimen & Negeri tak kurang dari 8tahun dari tarikh persempadanan yang lalu.
- Menjalankan urusan pendaftaran pemilih & semakan daftar pemilih
- Menjalankan pilihanraya umum ke Dewan Rakyat (DR) & DUN , serta jalankan pilihanraya kecil kalau ada kekosongan.

1. Persempadanan Semula Bahagian Pilihan Raya.

    - SPR btanggungjwb kaji semula sempadan bahagian pilihan raya parlimen & negeri
    - Syor awal persempadanan mesti dmaklumkan kpd YDP Dewan Rakyat & PM utk disiarkan dlm Warta Kerajaan.

2. Pendaftaran Pemilih (Pengundi)

    - Pemilih mesti bdaftar dgn SPR sebelum boleh mengundi dlm pilihan raya bg DR @ DUN

Apa taraf KELAYAKAN MENDAFTAR SEBAGAI PEMILIH?
- warganegara Malaysia
- umur tak kurang 21tahun pd tarikh kelayakan
- penduduk di mana2 bahagian pilihan raya 
- tak hilang kelayakan sebagai pemilih.

HILANG KELAYAKAN? Macamane tu? 

- Pada tarikh kelayakan, pemilih ditahan krn tak siuman @ sdg jalani hukuman penjara
- Pada tarikh sebelum kelayakan, didapati bersalah & dhukum mati atau penjara utk tempoh lebih 12bulan & masih jalani hukuman pd tarikh kelayakan.
- telah memperoleh kerakyatan asing,.

3. Kelayakan Calon Pilihan Raya

- Seseorang itu LAYAK jd calon kalau :-
   - warganegara Malaysia & bermastautin di negara ini
   - berumur tidak kurang drpd 21tahun pd hari penamaan calon
   - tinggal di negeri di mana ia akan bertanding.

- Seseorang calon HILANG KELAYAKAN kalau :-
   - telah didapati @ diisytiharkan tak siuman
   - memegang jawatan berkepentingan "office of profir" @ jawatan yg dibayar gaji.
   - gagal mengemukakan laporan perbelanjaan pilihan raya
   - didapati bersalah & dijatuhi hukuman penjara utk tempoh x kurang dr 1 thn @ denda tak kurang dr RM2000 & tidak mendapat pengampunan.
   - telah memperoleh kewarganegaraan asing

4. Tempoh Pilihan Raya

- Pilihan raya DR & DUN diadakan sekali dlm tempoh 5thn kecuali jika dewan dibubarkan lebih awal.
- Pilihan Raya Umum (PRU) mesti diakan dalam tempoh 60 hari bg semenanjung & 90 hari bg Sabah/Sarawak dari tarikh pembubaran.
- Pilihan Raya Kecil (PRK) juga  diakan dalam tempoh 60 hari bg semenanjung & 90 hari bg Sabah/Sarawak dari tarikh kekosongan sama ada disebabkan kematian, perletakan jwatan atau hilang kelayakan.
- Tarikh kekosongan kerusi akan ditetapkan oleh SPR

5. Proses Pilihan Raya

- PRU & PRK bermula dgn pengeluaran writ pilihan raya oleh SPR kpd Pegawai Pengurus
- Pada masa yg sama, notis akan diwartakan , menetapkan tarikh2 hari penamaan calon & tarikh mengundi.

6. Deposit

- Setiap calon yang ingin bertanding perlu membayar Deposit sebanyak RM 10,000 bg kerusi Parlimen & RM 5000 bagi kerusi DUN
- Calon akan hilang wang deposit sekirangan gagal memperoleh 1/8 daripada jumlah undi yg dperoleh oleh semua calon yg bertanding didlm sesuatu bahagian pilihan raya.

7. Petisyen Pilihan Raya

- Keputusan pilihan raya boleh dicabar/dipertikaikan di mahkamah. Petisyen boleh dibuat atas sebab ketidakpatuhan undang2 & peraturan pilihan raya.
- Petisyen mesti dikemukakan ke Mahkamah Tinggi dlm masa 21 hari lepas tarikh keputusan pilihanraya dan disiarkan dlm Warta Kerajaan
- Keputusan Mahkamah Tinggi boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan

8. Penyata Perbelanjaan Pilihan Raya

- Perbelanjaan Pilihan Raya xboleh melebihi RM 200,000 bg DR dan RM 100,000 bg DUN
- Laporan perbelanjaan mesti dihantar kpd Pengarah Pilihan Raya Negeri dlm tempoh 31hari selepas tarikh keputusan di siarkan dlm Warta Kerajaan.


petisyen : surat permohonan @ rayuan kpd mahkamah supaya satu tindakan kehakiman @ pertimbangan dpt dibuat.
writ : perintah/arahan proses yg dkeluarkan.


Rujukan 1 : Kamus Dewan Edisi Keempat
Rujukan 2 : Nota Pembelajaran & Lembaran Praktis PA STPM Penggal 1 Local Publication



No comments: