Sunday, 14 October 2012

Sejarah : Dahagi India

Pengenalan :

- Berlaku pd tahun 1857 di India.
- Dilakukan oleh askar British berbangsa India yg digelar sebagai Sepoi.
- Berlaku disebabkan oleh pertembungan budaya antara British dan orang India.
- Perluasan kuasa oleh British menyebabkan timbul perasaan tak puas hati dlm kalangan orang India lagi-lagi apabila British mula mencampuri hal agama dan adat resam mereka.

Isi : 

FAKTOR2 TERCETUSNYA DAHAGI INDIA

1. Penghapusan Amalam Shuttee **
- Adat yang telah diamalkan oleh gol. beragama Hindu sejak turu-temurun
- Mengikut adat ini, balu yang kehilangan suami hendaklah mengorbankan diri & harus dibakar sekali bersama mayat suami semasa upacara pengebumian.
- Lord William yg merupakan Gabenor Jeneral British telah menggubal undang-undang untuk mengharamkan amalan ini.
- Tindakan British mengharamkan amalam ni telah menimbulkan kemarahan penduduk beragama Hindu terhadap pemerintahan Inggeris.

2. Penghapusan Amalan Thuggee **
- aktiviti merompak & membunuh yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan agama yang bersenjata terhadap saudagar & pengembara
- Kumpulan ini menjalankan kegiatan ini dengan menyamar dan mengatakan mereka melakukan pembunuhan atas nama Dewi Kali
- Walaupun amalan ni menimbulkan ketakukan & kebimbangan dlm kalangan penduduk, tapi amalan ni dpt sokongan drpd gol. agama.
- Lord William sekali lagi telah mengharamkan amalan ni dan menimbulakan perasaan tidak puas hati dlm kalangan penyokong amalan ini.


3. Penghapusan Amalan Membunuh Bayi Perempuan **
- Amalan ini diamalkan sejak turun-temurun
- Masyarakat India menganggap bayi perempuan adalah beban kpd keluarga apabila mereka dewasa kelak
- Hal ni disebabkan keluarga anak perempuan terpaksa membayar mas kahwin (dowri) yang tinggi kpd bakal suami mereka
- Lord Willam juga telah mengharamkan amalan ini kerana dianggap tak berperikemanusiaan.

4. Pengenalan Akta Kahwin Semula **
- Lord Dalhousie telah memperkenalkan & meluluskan Akta Kahwin Semula bg balu-balu Hindu
- Akta ini mendapat tentangan drpd penduduk tempatan sbb perkahwinan semula balu-balu tak dibenarkan sama sekali di India berikutan drpd mereka mengamalkan Amalan Shuttee
- Perkenalan Akta ini oleh British menyebabkan penduduk tempatan menganggap British sengaja menghina amalan tradisi mereka.

5. Kes Senapang Riffle Royal Enfield **
- Kemarahan terhadap pentadbiran British memuncak bila sepoi-sepoi India dapat tahu bahawa minyak yang digunakan oleh mereka untuk membersihkan senapang Riffle Royal Enfield mengandungi lemak babi & lemak lembu
- Tersebar berita bahawa sepoi-sepoi India yang menggunakan senapang harus mengigit hujung peluru yg telah disapu lemak babi & lemak lembu.
- Hal ini menyebabkan sepoi beragama Hindu & Islam merasakan bahawa British sengaja melakukan hal2 yg demikian utk menghina kedua-dua agama yg menjadi anutan penduduk tempatan.

** Faktor yg melibatkan Agama & Adat Resan

KESAN DAHAGI INDIA

1. Pembubaran Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI)
- Peristiwa Dahagi jelas menunjukkan kegagalan SHTI dlm memerintah & mentadbir benua kecil India
- SHTI dibubarkan mengikut Akta Kerajaan India 1858
- Lepas SHTI dibubar, India diletakkan dibawah pentadbiran Mahkota British dan menyebabkan India menjadi Tanah Jajahan Mahkota British

2. Perubahan dlm Pentadbiran
- Kerajaan British menubuhkan Mjls Kerja & Mjls Perwakilan bg melicinkan pemerintahan
- Akta Mjls India 1861 , menambahkan bilangan perwakilan dlm Mjls Kerja & Mjls Perundangan
- Pada mulanya, orang India tak diberi peluang jd perwakilan dlm kerajaan
- 1862, perwakilan dr kalangan orang India dilantik dlm Mjls Perundangan tapi kebanyakkan perwakilan terdiri drpd gol. bangsawan yg tak memahami hasrat orang India
- Bilangan perwakilan drpd orang India amat kurang dlm Mjls Perundangan.

3. Penghapusan Undang2 Lesap Waris
- British menghapuskan Undang2 Lesap Waris dan telah menimbulkan perasaan tk puas hati pemimpin tempatan
- Dlm hal ni, pemimpin yg tak punyai waris dibenarkan ambil anak angkat utk dijadikan waris yg sah terhadap semua harta & peninggalan mereka.

4. Pemerintahan Moghul Berakhir
- Sept. 1857, British berjaya tawan semual Kota Delhi drpd pemberontak
- British menangkan Maharaja Bahadur Shah II & dibuang negeri ke Myanmar
- Penangkapan Maharaja Bahadur Shah II membuktikan Dahagi India dpt ditumpaskan oleh British
- Dahagi telah menyebabkn pemerintahan Moghul berakhir dan diganti dgn pemerintahan Inggeris.

5. Tindakan terhadap Pemimpin Dahagi
- British ambil tindakan terhadap pemimpin Dahagi yg terlibat dgn pemberontakan
- Dudu Mian yg merupakan pemimpin Gerakan Fara'idi ditangkap & dipenjarakan
- Ram Sigh yg bertindak memboikot barangan buatan British & menentang sistem pendidikan Barat dibuang negeri ke Myanmar
- Nana Saheb berjaya melarikan diri ke Nepal dan meneruskan perjuangan di negeri tersebut.
- Ajit Singh, Lala Lajpat Rai yg terlibat dlm Gerakan menentang Akta Penjajahan Punjab 1907 di tangkap & dipenjarakan di Myanmar.

FAKTOR KEGAGALAN DAGAHI INDIA

1. Tiada Perpaduan
- tiada perpaduan dlm kalangan pemberontak
- Pemberontak yg terdiri drpd petani, tentera & pemimpin menentang atas kepentingan masing2
- Ratu Jhansi berjuang utk mempertahankan hak asasi baginda sbg putera raja
- Nana Saheb berjuang utk membalas dendam atas kehilangan tanah ayahnya

2. Tiasa Toleransi
- Dahagi tak dpt sokongan padu drpd semua penduduk India
- Sebahagian besar masyarakat Sikh x sokong Dahagi sbb takde kepentingan
- Gol. Pendidikan Barat, tuan tanah, petani dan meniaga menyokong pemerintahan British krn menyediakan peluang ekonomi yg baik.

3. Dasar Toleransi Lord Canning
- Sikap toleransi Lord Canning meredakan kemarahan rakyat India terhadap pemerintahan British
- sepoi2 juga menaruh harapan yg tinggi terhadap perubahan yg dibawa oleh Lord Canning dlm menjaga kepentingan & kebajikan mereka.

4. Kekurangan Pemimpin
- ketiadaan pemimpin yg berwibawa dlm kalangan pemberontak
- Malah, tak wujud kesepakatan dlm kalangan pemimpin yg terlibat dlm pemberontakan .


Penutup :-

- Dahagi India gagal memperjuangkan kepentingan mereka.
- Dahagi telah bagi kesan kpd negara India


p/s : sebenarnya ada banyak lagi Faktor & Kesan. Nanti akan diupdate lagi.
p/s : kebiasaannya, pengenalan adalah sama walau macamane pun bentuk soalan.

Rujukan 1 : Kertas Peperiksaan Percubaan STPM
Rujukan 2 : Teks STPM Sejarah Dunia Penggal 1 Oxford Fajar

1 comment:

Anonymous said...

Alhamdulillah, sangat membantu... tqvm =)