Saturday, 13 October 2012

Sejarah : Hierarki Sosial Msyrkt. Feudal di England & Jepun.

Pengenalan :
- Definisi masyarakat : Sekumpulan manusia yang hidup di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu.
- Definisi masyarakat feudal : Sistem masyarakat mengikut susun lapis.
- LB Feudal di England :-
   - Bermula sejak zaman pertengahan yang dikenali sebagai Zaman Gelap. 
   - Perang Seratus Tahun antara England & Perancis serta Perang Saudara (Perang Bunga Mawar) yg     berlaku di England menyebabkan masyarakat England menerima sistem pemerintahan beraja mutlak atau sistem feudal sebagai alternatif penamat huru-hara.
- LB Feudal di Jepun :-
   - Bermula sejak Zaman Kamakura
   - Mencapai kegemilangan pada zaman Shogun Tokugawa
   - Susan lapis masyarakat terbahagi kepada dua iaitu Golongan Pemerintah & Gol. Diperintah

Isi :

1. Raja / Maharaja

England :
- Raja menduduki hierarki tertinggi dan merupakan ketua pemerintah.
- Raja berkuasa mutlak dan  menjadi pusat segala kekuasaan . Raja hanya bertanggungjawab kepada Tuhan dalam menjalankan pemerintahan.
- Namun, Raja di England juga masih perlu menghormati prinsip pembatasan kuasa yang terdapat dalam Magna Carta yang telah menjadi tradisi politik England sejak Zaman Pertengahan lagi.
- Raja bertindak mengawal pemerintahan, keagamaan serta pungutan cukai. Pemerintahan raja di England dibantu oleh pembesar.

Jepun :
- Raja / Maharaja hanya merupakan simbol perpaduan rakyat.
- Raja tidak mempunyai kuasa kerana tampuk pemerintahan diambil alih sepenuhnya oleh Shogun.
- Shogun mengawal semua pemerintahan & pentadbiran serta pungutan cukai.
- Shogun menjalankan pemerintahan atas nama maharaja untuk mendapatkan kesetiaan rakyat.

2. Pembesar

England :
- Lapisan kedua dalam hierarki sosial di England terdiri daripada pembesar.
- Golongan pembesar dan bangsawan di England dikenal sebagai Baron.
- Baron memainkan peranan penting dalam pentadbiran & ekonomi.
- Setiap baron diberi gelaran seperti Duke, Vassal & Count untuk membezakan pangkat mereka.
- Setiap baron dikurniakan tanah oleh Raja dan mereka memerintah ditanahnya.
- Mereka akan mengawal penggunaan tanah, mengadakan undang2 sendiri & mengutip cukai di atas tanahnya untuk mengawal Serf/Petani yang mengerjakan tanah mereka.

Jepun :
- Golongan bangsawan di jepun di kenali sebagai Daimyo.
- Daimyo terbahagi kepada tiga iaitu ; Daimyo Fudai yang paling dipercayai oleh Shogun yang terdiri drpd keluarganya.
- Seterusnya ialah Daimyo Shimpan yang terdiri drpd pelbagai cabang keluarga Shogun dan saudara maranya.
- Daimyo Tozama merupakan Daimyo yang khuatiri akan menjatuhkan Shogun. Daimyo Tozama merupakan orang luar yang tiada kene mengena dengan Shogun.
- Daimyo Tozama dikawal rapi oleh Shogun kerana dikhuatiri mereka akan mempengaruhi rakyat untuk bangun memberontak.
- Daimyo Fudai & Shimpan diberi kepercayaan dalam memerintah . Mereka membantu Shogun menjalankan pemerintahan.

3. Golongan Pahlawan

England :-
- Golongan pahlawan di England digelar sebagai Knight.
- Knight bertindak mempertahankan Raja & Baron dan diberi  ganjaran seperti tanah, harta dan barang rampasan perang.
- Knight jugak berhak memerintah diatas tanahnya dan mengutip hasil drpd kawasannya.
- Tanah yg luas diagihkan kepada Serf utk dikerjakan dan sebagai balasan, Knight akan melindungi Serf dan keluarganya.

Jepun :
- Golongan pahlawan di Jepun dikenali sebagai Samurai
- Samurai bertindak menjaga keamanan negara dan memelihara kepentingan Daimyo.
- Samurai tak dibenarkan buat kerja lain walaupun negara sedang aman .
- Hasil pendapatan Samurai diukur dengan berasa dan bukannya matawang.
- Samurai hanya mendapat gaji sekiranya ada peperangan.
- Ketika tiada peperangan, Samurai ditanggung oleh petani.

4. Golongan Rakyat Biasa.

England :
- Rakyat di England terdiri daripada petani / serf.
- Kehidupan serf tidak bebas dan tidak boleh berpindah.
- Petani berada dibawah pengawasan Raja & Baron.
- Petani mengerjakan tanah baron dan sebagai balasan, petani berhak bercucuk tanam dan menternak atas tanah yg diperuntukkan oleh baron utk keperluan harian.

Jepun :
- Golongan rakyat biasa terbahagi kepada tiga ; Petani, Artisan & Petukang serta Pedagang.
- Petani (nomin) menduduki hierarki tertinggi dalam kalangan rakyat biasa dan dipandang tinggi kerana petani menghasilkan beras yang menjadi sumber utama di Jepun.
- Seterusnya, Golongan Artisan & Petukang yang memiliki pengetahuan dan keupayaan istimewa dalam menghasilkan pertukangan mendapat penghormatan kerana hasil pertukangan mereka digunakan oleh Daimyo.
- Kelas pedagang (chonin) dipandang rendah kerana Jepun merupakan negara yang tidak mengadakan hubungan perdagangan dengan luar berdasarkan amalan dasar tutup pintu pengaruh dari budaya China.

Penutup :
Masyarakat Feudal di England & Jepun mempunyai susun lapis yang tersendiri.Dengan ini, jelaslah bahawa terdapat hubungan saling bergantungan dalam sistem masyarakat feudal antara raja, bangsawan, pahlawan dan rakyat .


p/s : Jika soalan minta perbandingan, buat perbandingan serentak dengan memasukkan "Manakala" , diantara isi England & Jepun.


Rujukan 1 : Teks STPM Sejarah Pra-U Penggal 1 Pelangi
Rujukan 2 : Teks STPM Sejarah Dunia Penggal 1 Oxford Fajar

             

1 comment:

Anonymous said...

sya ska blog ny.. rngkas dan pdat..