Sunday, 14 October 2012

Sejarah - Pemberontakan Boxer



Pengenalan :

- 1899, tercetusnya satu pemberontakan yg dkenali sbg pemberontakan Boxer
- Berasal dr sebuah kongsi gelap Cina
- Org Barat menamakan ahli2 kongsi gelap sbg "Boxer" sbb mereka amalkan sejenis tinju Cina yang disertai ilmu sihir.
- Pemberontakan ini merupakan reaksi org Cina terhadap tekanan yg diberikan kuasa asing kepada Kerajaan China
- Bertujuan utk menghalau org asing dari negara China & membunuh org Cina yg beragama Kristian.
- Menganggap kuasa asing penyebab kepada keruntuhan Kerajaan Manchu dan penyebab kepada segala kepincangan yg berlaku di China


Isi :

FAKTOR PEMBERONTAKAN BOXER 

1. Sentimen AntiOrg Asing
-sentimen ini meningkat ekoran pencerobohan yg dilakukan oleh kuasa2 barat sejak Perang Candu pertama
- Tindakan kuasa Barat merebut konsesi telah menjatuhkan maruah org Cina & mencemarkan kedaulatan negara China
- sentimen ini menyebabkan rakyat Cina berganding bahu dgn pihak istana utk halau org asing

2. Sentimen Anti-Kristian
- Sentimen ini tercetus ekoran tindakan mubaligh kristian menyebarkan agama kristian dlm kalangan org Cina
- Hal ini mencemaskan golongan konservatif kerana mereka menganggap ajaran Kristian sgt bertentangan dgn ajaran Confucianisme, Buddhanisme & Toisme yg diamalkan berkurun lamanya
- Mubaligh2 ini juga mula memperjuangkan hak2 istimewa penganut kristian dan campur tangan dalam hal ehwal tempatan
- Hubungan org Cina kristian dgn Cina bukan kristian menjadi renggang
- Org Cina beragama Kristian tidak menghormati adat resam yg diwarisi sejak turun temurun
- Mereka juga mula meninggalkan agama dan kepercayaan asal dan tidak menyertai upacara keagamaan serta tidak lg mahu membiayai perayaan keagamaan
- Sikap mereka yang sombong krn menganggap diri mereka lebih tinggi telah dibenci oleh org Cina yg bukan beragama Kristian dan dianggap pengkhianat bangsa kerana diperalat oleh orang asing

3. Penguasaan Ekonomi oleh Orang Asing
- Kemasukan barang asing menyebabkan perusahaan tempatan seperti perusahaan tekstil & pertukangan tangan mula merosot
- Pasaran tempatan mula dikuasai oleh orang asing kerana barang mereka jauh lagi murah dan berkualiti drpd barangan tempatan
- Perusahaan tempatan mula hilang sumber pendapatan dan bilangan penduduk yg menganggur semakin meningkat
- Hal ini telah menimbulkan perasaan benci rakyat tempatan kpd bangsa asing

4. Masalah Kewangan
- Masalah ini timbul kerana kerajaan terpaksa membelanjakan wang yg banyak bg membayar ganti rugi perang kpd kuasa2 Barat
- Utk hadapi masalah ini, kerajaan terpaksa kenalkan cukai2 baru & menambah cukai sehingga membebankan rakyat
- Ini menyebabkan gol. petani & penganggur sertai pemberontakan bg halau org asing

5. Bencana Alam
- Kejadian bencana alam spt bajir & kemarau menyebabkan rakyat menangggung pelbagai penderitaan
- Masyarakat Cina menyalahkan org asing sebagai punca kepada semua bencana alam yg melanda
- Mereka berpendapat projek2 pembangunan yg dilakukan oleh Barat spt pembinaan landasan kereta api, kilang dan sebagainya telah menganggu keharmonian alam & menyinggung perasaan dewa dewi mereka.
- Segala bencana yg berlaku merupakan balasan drpd dewa dewi.
- Jadi, orang asing yg menjadi punca harus segera diusir keluar

6. Sokongan Istana
- 1900, Kerajaan Manchu secara rasmi telah bg sokongan kpd pemberontak utk usir keluar org Barat dr China
- Maharani Dowager telah arahkan pemimpin tentera & pegawai istana bg bantuan senjata kpd pemberontak
- Sokongan ini telah menggalakkan lagi ahli2 Boxer bangun memberontak.

Penutup :

- Pemberontakan Boxer gagal dan menyebabkan kerajaan China terpaksa menandatangani Protokol Boxer yang menjejaskan maruah & kedaulatan negara China.
- Merupakan asas kepada kejatuhan Kerajaan Manchu & kemunculan kerajaan Republik di China


p/s : Masih ada KESAN PEMBERONTAKAN BOXER. Akan diUPDATE semula!



Rujukan : Teks STPM Sejarah Dunia Penggal 1 Oxford Fajar



3 comments:

hafisah said...

sangat membantu....tq

Amir Imran said...

Tq ya

Anonymous said...

Thanks!