Friday, 21 December 2012

Debaran.

Assalamualaikum and Hi.


Makin terasa tak debaran nak bukak sekolah? Makin berdebarr tunggu result sebenarnya. Success or Repeat? hehe kita rinduuu sgt nak masuk sekolah. Rasa macam orang gila dah duduk rumah without doing nothing. adalah basuh pinggan sikit, jemur kain, lepas tu duduk jeee tercongok dpn tv . Bosan bosan bosan.

Bila masuk sekolah, mulalah busy nanti. Ye la, tahun dpn pun dah start PBS kan. Masih ada ke yg taktau soalan assigment kita utk sem dpn dah keluar? Kalau tak tau , boleh tekan link bawah ni ye.


Agak2 ada ke yg dah mula ? Kita dah mula jugak buat research sikit2. Disebabkan saya rasa BM paling interesting , saya start dgn BM. kumpul maklumat tentang karangan yang diberi. InsyaAllah nanti bila sampai masa kita kongsi yee, Sbb sy pun tak tgok betul2 lagi. Baru kumpul je dulu. hehe

Oh ya, persiapan sekolah dah beli? Tahun dpn pengajian AM kena sediakan Jangka Sudut, Pensil Colour dengan Kalkulator. Graph paper tentu2nyaa. Macam makin mencabar tapi insyaAllah , kita sama2 boleh buat. 


Apaapapun, Good luck ye korang. 

boleh ikuti kami disini :
STPM STUDENTS GROUP


sumber gambar : googleimage

Thursday, 20 December 2012

STPM : Kerja Kursus Bahasa Melayu Penggal 2



BAHASA MELAYU
KERTAS 4
KERJA KURSUS
( PENULISAN ESEI BERFORMAT )



Tulis semua esei berdasarkan tajuk-tajuk di bawah. Bagi tajuk esei 1 hingga 7, panjang esei
hendaklah antara 600 hingga 650 patah perkataan. Bagi tajuk esei 8, panjang esei hendaklah
tidak kurang daripada 250 patah perkataan. [25]


1. Sebagai setiausaha sebuah persatuan pengguna, anda diminta menyediakan laporan tentang
kesan lambakan barangan tiruan di negara ini. Anda juga diminta untuk mengemukakan langkah
bagi mengawalnya. Sediakan laporan itu.

2. Sebagai seorang pegawai kanan di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, anda
dijemput untuk menyampaikan syarahan tentang strategi untuk memajukan sektor pertanian dan
industri asas tani supaya sektor ini menjadi sektor yang moden dan berdaya saing. Tulis teks
syarahan itu.

3. Media massa sering memaparkan kehidupan segelintir warga emas yang malang dan tidak
terbela. Sebagai pegawai di Jabatan Kebajikan Masyarakat, anda dijemput untuk menyampaikan
ceramah kepada golongan belia tentang langkah-langkah yang wajar dilaksanakan untuk membela
nasib golongan ini. Tulis teks ceramah itu.

4. Sebagai seorang pakar diet di sebuah hospital kerajaan, anda diminta untuk memberikan ucapan
tentang kebaikan amalan pemakanan yang seimbang terhadap kanak-kanak kepada sekumpulan ibu
muda bersempena dengan sambutan Bulan Kesihatan peringkat daerah. Dalam ucapan itu, anda
juga memberikan panduan pemakanan yang seimbang untuk menjamin kesihatan kanak-kanak.
Tulis teks ucapan itu.

5. Industri pelancongan boleh menjadi wahana untuk memperkenalkan budaya masyarakat
tempatan kepada masyarakat luar negara. Sebagai pengerusi sebuah persatuan budaya yang
berpengaruh, anda diminta untuk menghantar memorandum kepada Menteri Penerangan,
Komunikasi, dan Kebudayaan. Dalam memorandum tersebut, anda menyatakan kekesalan tentang
kurangnya promosi untuk memperkenalkan budaya masyarakat kita kepada masyarakat luar dan
mengemukakan usul untuk meningkatkan usaha tersebut. Tulis memorandum tersebut.

6. Persatuan Sains sekolah anda telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan program
Minggu Sains peringkat sekolah. Sebagai setiausaha persatuan itu, anda ditugaskan untuk
mencatatkan minit mesyuarat yang membincangkan perancangan dan pelaksanaan program
Minggu Sains pada tahun ini. Tulis minit mesyuarat tersebut.

7. Organisasi tempat anda bekerja bercadang untuk mengadakan Hari Derma Darah sebagai salah
satu aktiviti sosial tahunan. Sebagai pegawai perhubungan awam, anda dikehendaki menyediakan
kertas cadangan untuk mengadakan aktiviti tersebut bagi mendapatkan kelulusan pihak atasan.
Sediakan kertas cadangan itu.

8. Sebagai seorang aktivis masyarakat, anda ingin membuat aduan mengenai anjing liar yang
berkeliaran di kawasan tempat tinggal anda. Tulis sepucuk surat kepada pihak berkuasa tempatan
untuk membuat aduan tentang masalah berkenaan.

***


gulp. gulp. *telan air liur*
Banyaknyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :( Kalau satu esei nak 500patah kata kira okay kot , dari kena perah otak 8kali.  *pengsan* , bangun , *pitam*

Are you readyyy? Fuh fuh fuh.
Good luck girls and boys!

STPM : Kerja Kursus Pengajian AM Penggal 2



PENGAJIAN AM 
KERTAS 4
KERJA KURSUS
( KERJA PROJEK )


Pilih satu daripada tema di bawah ini dan sediakan kerja kursus (kerja projek) yang panjangnya
tidak melebihi 5000 patah perkataan.

Tema 1
Ekonomi: Perniagaan

Tema 2
Prasarana: Pengangkutan

***


Ermm, macam tak tercapai dek akal . nak buat yang mana ye? :/ 5000patah pekataan k. *pengsan*


STPM : Kerja Kursus Sejarah Penggal 2

SEJARAH 
KERTAS 4
KERJA KURSUS
( ESEI ILMIAH )

Sediakan sebuah esei ilmiah yang panjangnya antara 2500 hingga 3000 patah perkataan
berdasarkan satu daripada tema di bawah ini.

Tema 1
Sejarah tempat

Tema 2
Sejarah ekonomi

Tema 3
Sejarah seni dan kebudayaan

Tema 4
Sejarah perubatan dan kesihatan

***


Okay, maknanya kat sini, kita kena pilih salah satu tema yang diberikan di atas dan "create" satu tajuk penyelidikan untuk tema tu. Look, tengok contoh yg mpm bagi dlm Manual Calon yang disediakan.

Andaikan tema yg diberi adalah :


(a) Tema sejarah sukan, so korang pilih tajuk tentang bola sepak dan bina lah tajuk penyelidikan korang mcm yang bawah ni :

“Sejarah perkembangan Persatuan Bola Sepak Selangor dari tahun 1970 hingga tahun 1985”

(b) Tema sejarah seni dan kebudayaan
“Sejarah perkembangan tarian zapin di daerah Batu Pahat dari tahun 1970 hingga tahun 1980”

(c) Tema sejarah kulinari dan makanan
“Asal-usul lemang: Suatu tinjauan lisan penduduk Kampung Chengkau, Rembau Negeri Sembilan”

(d) Tema sejarah pendidikan
“Sekolah Agama Menengah Sungai Merab Luar, Sepang: Sejarah penubuhan dan sumbangannya kepada masyarakat setempat dari tahun 1990 hingga tahun 2005”


tapi dalam empat tema ni cuma pilih satu je. ermm ermm sy taktau lagi nak buat yg mana. macam tak tercapai dek akal. huuu, tapi cikgu suruh pilih dah. nanti kita kongsi sama2 eh. 

Wednesday, 19 December 2012

Tajuk Kerja Kursus Form 6. (PBS)


Assalamualaikum heyya! 

Haa macamane dah lama cuti? sekolah dah nak bukak ni. kena kembali ke rutin sekolah yeee, bangun awal. hehe ni kita nak bgtau yang Manual PBS utk tingkatan 6 dah keluar. untuk batch 12/13 ye. 

so, korang boleh download manual tu dekat laman web MPM.


Korang tekan je link tu dan boleh lah download. mudah je, so nanti boleh lah kita usha usha apa yg perlu dilakukan tahun depan. Cikgu sy kata, lagi bagus kalau terus buat research pasal tu. atleast bersedia sikit ye tak? takpee. nanti kita kongsi sama2 eh.

good luck!