Thursday, 20 December 2012

STPM : Kerja Kursus Bahasa Melayu Penggal 2



BAHASA MELAYU
KERTAS 4
KERJA KURSUS
( PENULISAN ESEI BERFORMAT )



Tulis semua esei berdasarkan tajuk-tajuk di bawah. Bagi tajuk esei 1 hingga 7, panjang esei
hendaklah antara 600 hingga 650 patah perkataan. Bagi tajuk esei 8, panjang esei hendaklah
tidak kurang daripada 250 patah perkataan. [25]


1. Sebagai setiausaha sebuah persatuan pengguna, anda diminta menyediakan laporan tentang
kesan lambakan barangan tiruan di negara ini. Anda juga diminta untuk mengemukakan langkah
bagi mengawalnya. Sediakan laporan itu.

2. Sebagai seorang pegawai kanan di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, anda
dijemput untuk menyampaikan syarahan tentang strategi untuk memajukan sektor pertanian dan
industri asas tani supaya sektor ini menjadi sektor yang moden dan berdaya saing. Tulis teks
syarahan itu.

3. Media massa sering memaparkan kehidupan segelintir warga emas yang malang dan tidak
terbela. Sebagai pegawai di Jabatan Kebajikan Masyarakat, anda dijemput untuk menyampaikan
ceramah kepada golongan belia tentang langkah-langkah yang wajar dilaksanakan untuk membela
nasib golongan ini. Tulis teks ceramah itu.

4. Sebagai seorang pakar diet di sebuah hospital kerajaan, anda diminta untuk memberikan ucapan
tentang kebaikan amalan pemakanan yang seimbang terhadap kanak-kanak kepada sekumpulan ibu
muda bersempena dengan sambutan Bulan Kesihatan peringkat daerah. Dalam ucapan itu, anda
juga memberikan panduan pemakanan yang seimbang untuk menjamin kesihatan kanak-kanak.
Tulis teks ucapan itu.

5. Industri pelancongan boleh menjadi wahana untuk memperkenalkan budaya masyarakat
tempatan kepada masyarakat luar negara. Sebagai pengerusi sebuah persatuan budaya yang
berpengaruh, anda diminta untuk menghantar memorandum kepada Menteri Penerangan,
Komunikasi, dan Kebudayaan. Dalam memorandum tersebut, anda menyatakan kekesalan tentang
kurangnya promosi untuk memperkenalkan budaya masyarakat kita kepada masyarakat luar dan
mengemukakan usul untuk meningkatkan usaha tersebut. Tulis memorandum tersebut.

6. Persatuan Sains sekolah anda telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan program
Minggu Sains peringkat sekolah. Sebagai setiausaha persatuan itu, anda ditugaskan untuk
mencatatkan minit mesyuarat yang membincangkan perancangan dan pelaksanaan program
Minggu Sains pada tahun ini. Tulis minit mesyuarat tersebut.

7. Organisasi tempat anda bekerja bercadang untuk mengadakan Hari Derma Darah sebagai salah
satu aktiviti sosial tahunan. Sebagai pegawai perhubungan awam, anda dikehendaki menyediakan
kertas cadangan untuk mengadakan aktiviti tersebut bagi mendapatkan kelulusan pihak atasan.
Sediakan kertas cadangan itu.

8. Sebagai seorang aktivis masyarakat, anda ingin membuat aduan mengenai anjing liar yang
berkeliaran di kawasan tempat tinggal anda. Tulis sepucuk surat kepada pihak berkuasa tempatan
untuk membuat aduan tentang masalah berkenaan.

***


gulp. gulp. *telan air liur*
Banyaknyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :( Kalau satu esei nak 500patah kata kira okay kot , dari kena perah otak 8kali.  *pengsan* , bangun , *pitam*

Are you readyyy? Fuh fuh fuh.
Good luck girls and boys!

2 comments:

atyra mustafa said...

all da best fwen...
tyra one of the student yang kne mngadap bnde ni gak taon dpn :)

Anonymous said...

ada contoh karangan untuk soalan nombor 3 ?