Sunday, 27 January 2013

#1 Q&A : PBS PA

 

1. Macamane nak buat objektif kajian utk tema perniagaan? -Anonymous-

Utk PA, korang boleh mengkaji faktor, langkah, kesan, masalah dan sebagainya. Contoh kalau tema perniagaan berkaitan dgn tajuk "Sebab-sebab Pengguna lebih memilih Pasaraya berbanding Pasar Malam." so, antara objekif yg boleh digunakan mungkin ; 
a ) Mengkaji tentang faktor-faktor pengguna lebih kerap membeli di pasar raya berbanding pasar malam
b ) Mengenalpasti masalah yang sering berlaku di pasar malam
c ) Kesan pasar malam terhadap pembinaan pasar raya di sekitarnya
d ) Langkah untuk memberi penambahbaikkan kepada pasar malam.

2. Apa tu dapatan kajian?  -Anonymous-

Dapatan kajian is apa yang kita dapat setelah membuat kajian. Contohnya kalau kita buat pasal pengangkutan. Dapatan utama kita mungkin , pengguna di kawasan Sri Iskandar lebih memilih teksi berbanding bas kerana perkhidmatan bas dia kawasan Sri Iskandar sering bermasalah.

3. Macamane nak buat sinopsis ?Apa yang dia nak? -Anonymous-

Untuk sinopsis, kita kena buat mengikut kriteria yang diberi. Dalam sinopsis mesti ada ;-
a) Menyatakan tajuk kajian
b) Menyatakan objektif kajian (sekurang-kurangnya 2)
c) Menyatakan lokasi kajian.
d) Menyatakan kaedah kajian (pemerhatian, soal selidik, kajian perpustakaan, temubual dll sekurang2nya 3)
e) Menyatakan bilangan responden yg akan disoal selidik
f)  Menyatakan dapatan utama kajian 
g) Menyatakan kesimpulan keseluruhan kerja projek 

***semua ni dibuat dlm 1 perenggan dan TIDAK melebihi 150 patah perkataan. Rangkumkan secara ringkas. Sepatutnya, sinopsis perlu dibuat akhir sekali sbb memerlukan dapatan kajian. Tapi boleh je kalau nak buat dulu, yg dapatan dgn kesimpulan tinggal je dulu.


4. Tak tahu nak pilih tema yang mana.. Ada cadangan tak?  -Anonymous-


Nasihat sy, pilih tema berdasarkan kawasan sekeliling korang. Apa yang korang tahu dan familiar. Contohnya, awak seorang pengguna pengangkutan awam, so lebih mudah kalau ambik tema pengangkutan . senang utk awak buat kajian. Kalau awak anak tokey kedai makan, tema perniagaan akan membantu. Sy tak boleh nak bg cadangan utk org yg saya tak kenal. Pilih berdasarkan kemampuan dan apa yg mudah utk kita lakukan.


5. Mana lagi senang eh? Perniagaan ke pengangkutan?  -Sara-


Saya tk boleh nak tentukan mana yg senang dan mana yang susah. Kena lihat pada sekeliling kita. pada saya, pengangkutan lagi senang sbb semua org menaiki pengangkutan. kalau sara ada kena mengena dgn perniagaan, mungkin itu akan lebih memudahkan.

6. Nak dapatkan info lebih lanjut kat mana ye tentang kerja kursus ni?  -[ Yuyu Atiqa ]-


Untuk semuaa info penting , kita kena selalu alert dgn laman web MPM, utk berkongsi pendapat, meminta pandangan atau lain2, boleh masuk ke group  STPM STUDENTS GROUP . Kat group tu, baaanyak info kita boleh dapat. sbb ahli2 dia saling membantu . xD


7. Tuan punya blog buat yang mana ye?  -DAYANOS-


Saya pilih tema pengangkutan :)



Semoga membantu !




5 comments:

Shirlyn said...

Salam sejahtera. Bagaimana mo buat pengenalan?

cik karmila said...

thanx for the info,,i'm appreciate it !

cek yana missz cute said...

salam.. kalau sy ambil tajuk perniagaan.. cth kedai jahit or kedai runcit, rasa rasa boleh tak..?

cek yana missz cute said...

salam.. kalau saya ambil tajuk perniagaan.. cth; kedai jahit or kedai runcit.. rasa rasa boleh tak

Anonymous said...

Macam mana nak buat pengenalan