Sunday, 24 March 2013

#2 Q&A : PBS PA

1. macam mana nk buat kesimpulan untuk PA??

Utk kesimpulan Pengajiam Am, kita cuma perlu simpulakan segala macam data drpd dapatan kajian kita. Kat rumusan ni, kita jawab semua objektif kajian secara ringkas utk menunjukkan kajian yg kita buat tercapai objektifnya. Dan masukkan harapan korang terhadap kajian tu. 

Cth : 

Objektif : Sbb pengangkutan awam kurang mdpt sambutan.

Kajian yg dibuat mendapati bahawa banyak berlaku kelemahan dlm perkhidmatan awam yang menyebabkan pengangkutan awam kurang mendapat sambutan. Antara masalah yg seri berlaku ialah lewat,bla bla, . Semoga mutu perkhidmatan awam dapat dipertingkatkan supaya semua pihak mendapat manfaat drpdnya. 


2. macam mana nak buat dapatan kajian..bagi contoh _esya

Okay, dlm dapatan kajian, kita bahagi pd 2 bahagian.

1) Demografi Responden / Latar Belakang

- dalam bahagian ni, kita kena terangkan pasal latar-belakang responden kita yg dh jwb soal selidik. Mudah sikit kalau bahagian ni kita buat graf. Nak terangkan pun tak susah. 

cth:


1.1.1              Jantina

KG JAWA : JANTINA RESPONDEN 2013
Janti
Bilangan
Peratus (%)
Sudut(°)
Lelaki
13
36
130
Perempuan
23
64
230
Jadual 1 : Jantina Responden


        Rajah 1: Umur responden yang menjawab borang soal selidik.

Sebanyak 30 orang responden telah disoal selidik dan didapati sebanyak 10 orang responden atau 33% orang responden adalah lelaki.  Manakala, responden perempuan adalah sebanyak 20 orang iaitu 67%. Jurang perbezaan yang tinggi berlaku dalam kalangan responden kerana pelajar perempuan tingakatan 6 adalah lebih ramai berbanding pelajar lelaki.

* kalau korang buat carta pai, dkt jadual wajib ada peratus dgn sudut, tp if korang buat graf bar biasa , kat jadual kena ada perkara dgn bilangan je lah. alaa, sama macam kita belajar buat graf PA laa. :D


2) Analisis "Persepsi Org Ramai Terhadap ......................................."

2.1 ) Masuk pd Objektif Kajian @ Pengetahuan Am dulu ke. Buat sistem numbering lg kemas.

- dlm analisis ni, tak semestinya kita buat graf. terpulang mana yg kita rasa lebih mudah, kita buat. tp utk memudahkan , at least buat jadual lah. senang kita nak hurai. Huraikan berdasarkan objektif.

- first, huraikan dapatan bdasarkan soal selidik, berapa org pilih A, berapa org pilih B, berapa org setuju, berapa org tak then buat lah kesimpulan kecil. cthnya, penyebab utama apa , dll.

then teruskan 2.2 dgn objektif seterusnya sampai habis.



3. pengenalan tu involve ape yer???or nk ape yg perlu ade dalam pengenalan??

Dlm pengenalan, korang boleh terangkan makna tema kajian. Cth, apa itu pengangkutan, apa itu perniagaan. Bg definisi pd setiap benda yg ada definisi. dan utk nak panjang lg, bg asal usul kajian. then, kaitkan isu yg nk dikaji dgn isu semasa. Cth kalau pengangkutan, bgtahu mcmana keadaan pengangkutan zaman skrg. Then bgtau apa sbb kita bminat nak buat kajian ni.


4. Lokasi kajian nak buat mcmane? 

Utk lokasi, kita terangkan details pasal kawasan kajian kita. Negeri apa, daerah apa, asal usul tempat pun boleh masukkan sikit, then keistimewaan tmpt tu, then kenapa pilih tmpt tu utk buat kajian. dan jangan lupa masukkan map dan gambar kwsn kajian yee.




p/s : Rata2 soalan kat Ask.fm minta contoh kajian yang lengkap pasal tajuk yang dibuat. Mmg tak dpt lah sy nak bg. Kalau minta cara, mungkin boleh tunjuk ajar :) Kadang2 dlm dunia ni, kita kena ada usaha. Tak tau, belajar, cuba cari penyelesaian. Bukan tunggu org suap. So, chaiyokk. Ingat, mana ada kemahuan, situ ada jalan :D 




Khalifah Harun Al-Rasyid