Sunday, 27 January 2013

#1 Q&A : PBS PA

 

1. Macamane nak buat objektif kajian utk tema perniagaan? -Anonymous-

Utk PA, korang boleh mengkaji faktor, langkah, kesan, masalah dan sebagainya. Contoh kalau tema perniagaan berkaitan dgn tajuk "Sebab-sebab Pengguna lebih memilih Pasaraya berbanding Pasar Malam." so, antara objekif yg boleh digunakan mungkin ; 
a ) Mengkaji tentang faktor-faktor pengguna lebih kerap membeli di pasar raya berbanding pasar malam
b ) Mengenalpasti masalah yang sering berlaku di pasar malam
c ) Kesan pasar malam terhadap pembinaan pasar raya di sekitarnya
d ) Langkah untuk memberi penambahbaikkan kepada pasar malam.

2. Apa tu dapatan kajian?  -Anonymous-

Dapatan kajian is apa yang kita dapat setelah membuat kajian. Contohnya kalau kita buat pasal pengangkutan. Dapatan utama kita mungkin , pengguna di kawasan Sri Iskandar lebih memilih teksi berbanding bas kerana perkhidmatan bas dia kawasan Sri Iskandar sering bermasalah.

3. Macamane nak buat sinopsis ?Apa yang dia nak? -Anonymous-

Untuk sinopsis, kita kena buat mengikut kriteria yang diberi. Dalam sinopsis mesti ada ;-
a) Menyatakan tajuk kajian
b) Menyatakan objektif kajian (sekurang-kurangnya 2)
c) Menyatakan lokasi kajian.
d) Menyatakan kaedah kajian (pemerhatian, soal selidik, kajian perpustakaan, temubual dll sekurang2nya 3)
e) Menyatakan bilangan responden yg akan disoal selidik
f)  Menyatakan dapatan utama kajian 
g) Menyatakan kesimpulan keseluruhan kerja projek 

***semua ni dibuat dlm 1 perenggan dan TIDAK melebihi 150 patah perkataan. Rangkumkan secara ringkas. Sepatutnya, sinopsis perlu dibuat akhir sekali sbb memerlukan dapatan kajian. Tapi boleh je kalau nak buat dulu, yg dapatan dgn kesimpulan tinggal je dulu.


4. Tak tahu nak pilih tema yang mana.. Ada cadangan tak?  -Anonymous-


Nasihat sy, pilih tema berdasarkan kawasan sekeliling korang. Apa yang korang tahu dan familiar. Contohnya, awak seorang pengguna pengangkutan awam, so lebih mudah kalau ambik tema pengangkutan . senang utk awak buat kajian. Kalau awak anak tokey kedai makan, tema perniagaan akan membantu. Sy tak boleh nak bg cadangan utk org yg saya tak kenal. Pilih berdasarkan kemampuan dan apa yg mudah utk kita lakukan.


5. Mana lagi senang eh? Perniagaan ke pengangkutan?  -Sara-


Saya tk boleh nak tentukan mana yg senang dan mana yang susah. Kena lihat pada sekeliling kita. pada saya, pengangkutan lagi senang sbb semua org menaiki pengangkutan. kalau sara ada kena mengena dgn perniagaan, mungkin itu akan lebih memudahkan.

6. Nak dapatkan info lebih lanjut kat mana ye tentang kerja kursus ni?  -[ Yuyu Atiqa ]-


Untuk semuaa info penting , kita kena selalu alert dgn laman web MPM, utk berkongsi pendapat, meminta pandangan atau lain2, boleh masuk ke group  STPM STUDENTS GROUP . Kat group tu, baaanyak info kita boleh dapat. sbb ahli2 dia saling membantu . xD


7. Tuan punya blog buat yang mana ye?  -DAYANOS-


Saya pilih tema pengangkutan :)



Semoga membantu !




Saturday, 12 January 2013

Format Proposal PBS Sejarah


FORMAT PROPOSAL PBS SEJARAH 940/4

1. Tajuk
- Terangkan apa kajian yang akan dilakukan berdasarkan tema yang dipilih.

2. Pengenalan
- Nyatakan secara ringkas tentang tajuk & kawasan kajian.

3. Objektif Kajian
- Mengenalpasti apakah yang hendak dikaji. (sekurang-kurangnya 3)
     * mengenalpasti asal usul ......
     * mengenalpasti tempat-tempat menarik yang terdapat di .....
     * mengenalpasti masalah2 yang berlaku di .....

4. Permasalahan Kajian
- Bila permasalahan berdasarkan objektif kajian.
     * Apakah asal usul .... ?
     * Apakan tempat2 menarik yang terdapat di .... ?
     * Apakah masalah yang berlaku di .... ?

5. Skop Kajian
- Terangkan setakat mana bidang kajian dan kawasan yang hendak di kaji
     * Kajian dilakukan di sekitar ....... dengan membuat soal selidik yang dikaji setakat .... org responden.

6. Sorotan Kajian Lepas
- Cari & nyatakan sekurang-kurang 2 pengkaji yg pernah membuat kajian yg tajuknya hampir sama dgn anda.
     * Adam b. Ahmad telah membuat kajian tentang Sejarah Penempatan Kg. Org Asli di Puchong .
     * Cari kat internet yg tajuknya lebih kurang dan yang penting, tema mesti sama.

7. Kaedah / Metodologi Kajian
- Nyatakan kaedah yang akan digunakan seperti kajian perpustakaan, soal selidik, kajian lapangan dsbg

8. Rujukan / Bibliografi
- Senaraikan sumber rujukan yang akan digunakan untuk membuat kajian


sebarang pertanyaan & perbincangan boleh diajukan di 

semoga ini membantu!



Thursday, 3 January 2013

PBS oh PBS.


Nampaknya, ramai yang dah mula pening kepala dengan PBS. Banyak dah keluh kesah yang terhasil dsebabkan PBS. Masa suntuk, kerja banyak. Ramai yang makin stress. Saya pun dah semakin longlai. Hehe, 

Dengan memikirkan PBS lagi. disertakan dengan silibus pelajaran untuk tahun 1. Silibus yang terhidang seolah-olah untuk 1 tahun pembelajaran. Arghhh macam mana ni? Sempat ke? Boleh ke aku bawak? Omaigadddddd. 

Hey!
Sabar. Sabar.
Tarik nafass, hembus. Tarikkk, hembus.
Percaya.
Di mana ada usaha, di situ ada jalan. 

Usaha. Doa. Tawakal

InsyaAllah, 
Tingkatan 6 Batch 2012/2013 pasti berjaya!
Good luck.

Wednesday, 2 January 2013

#1 PBS SEJ.


Salam.

Seperti yang semua dah sedia maklum, kita akan buat assigment kan tahun ni. Untuk penggal 2. So , soalan PBS sejarah dah pun keluar. 

Boleh tengok soalan di SINI ye.

Untuk sejarah, kita kena pilih satu tema , dan create soalan penyelidikan untuk tema tu. Jom tengok satu persatu.

Tema 1 : Sejarah tempat

- Sejarah tempat terdiri daripada sesebuah kawasan atau tempat yang bersejarah. Act, setiap tempat bersejarah kan. Hehe, 

Cth 1 : Sejarah Kg. Seri Puchong. 
Cth 2 : A Famosa

Tema 2 : Sejarah ekonomi

- Sejarah ekonomi merujuk pada perkembangan sesebuah kedai. Someting like perniagaan jugak . 

Cth 1 : Sejarah perkembangan perniagaan restoran Pak Ali
Cth 2 : Sejarah perkembangan kedai buku Ah Chong

Tema 3 : Sejarah seni dan kebudayaan

- Sejarah seni & budaya ni meluas. Semuanya tentang seni dan budaya. Tak termasuk perayaan2 yang disambut.

Cth 1 : Perkembangan Permainan Congkak di Puchong pada tahun 2001 - 2013
Cth 2 : Adat Peminangan yang diamalkan oleh kaum Melayu 

Tema 4 : Sejarah perubatan dan kesihatan

- Sejarah perubatan & kesihatan ni lebih menjurus kepada klinik, hospital etc.

Cth 1 : Sejarah KLINIK DR. Azhar & Kawan
Cth 2 : Sejarah Penyakit Osteoporosis di Hospital Serdang pada tahun 2001 - 2013
Cth 3 : Sejarah bahagian ENT di Hospital Serdang .

* yang penting, penyelidikan yang dijalankan mestilah berskop kecil. Jangan lah buat Adat Peminangan di Malaysia pulak. besar kan.


Ini adalah apa yang saya faham bila cikgu terangkan tadi. Ini info secara kasar lah. Kalau ada kesilapan betulkan ek. Nanti ada new update, kita bgtau.